Monday, October 11, 2010

WOW...Pedasnya Khalid Ibrahim Sindir Azmin Ali ....

WOW...Pedasnya Khalid Ibrahim Sindir Azmin Ali ....

0 komentar
Oleh MIM TEAM

Sindir menyndir merupakan satu perkara yang lumrah di dalam politik. Dan biasanya sindiran berselindung di dalam kenyataan yang tampak biasa sahaja tetapi dalam pengertiannya. Sindiran tidak perlu menyatakan nama orang yang telah disindir tetapi lengguk ayat sudah cukup untuk kita tahu orang itu.

Sebagai contohnya, keputusan dan tujuan Khalid Ibrahim bertanding Timbalan Presiden PKR sudah cukup membantu kita untuk mengetahui bahawa di antara pemimpin PKR yang disindir itu ialah Azmin Ali, rakan sejiwa Anwar Ibrahim.

Dan jika kita ikuti tujuan beliau bertanding, kita akan tahu bahawa Azmin Ali adalah penyebab untuk Khalid Ibrahim bertanding.

Di antara kenyataan Khalid Ibrahim :-
Menurut beliau, perkara tersebut, antaranya kepimpinan berpuak dan serangan peribadi yang perlu diperbetulkan.

"Sebagai salah seorang pemimpin parti dan Menteri Besar negeri Pakatan Rakyat, saya akan cuba memperbetulkan keadaan ini.

"Dan kerana inilah, saya mengambil keputusan untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti," katanya.
Kepimpinan berpuak? Serangan peribadi?

Logiknya, jika Khalid Ibrahim menjadi Pengerusi PKR Selangor dan juga Menteri Besar Selangor, semua jawatankuasa PKR berpandukan kepada satu ketua. Tetapi kehadiran 2 ketua di Selangor berkemungkinan besar mewujudkan 2 puak.

Realitinya Khalid Ibrahim menangung malu tahap kurung diri dalam bilik kerana beliau dibuang daripada menjadi Pengerusi PKR Selangor.


Dan beliau mungkin mempunyai rasa kecewa dan marah terhadap Azmin Ali, salah seorang daripada calon Timbalan Pengerusi, Azmin Ali telah berjaya 'menjatuhkan' Khalid Ibrahim dan menjadi Pengerusi PKR Selangor yang baru.


Mungkin malu dan kecewa Khalid Ibrahim dapat dipendam jika perlucutan jawatan Pengerusi PKR Selangor beliau dituruti dengan perlucutan jawatan Menteri Besar Selangor di atas sebab-sebab yang tidak dielakkan. 

Tetapi beliau masih Menteri Besar Selangor! Cuba bayangkan apabila mesyuarat PKR negeri dan Azmin Ali yang menjadi Pengerusi dan Khalid Ibrahim duduk di antara jawatankuasa PKR sahaja. Kerusi yang pernah diduduki oleh Khalid Ibrahim telah bertukar tangan ketika beliau menjadi Menteri Besar. ADUH MALUNYA!!


Di mana si Khalid Ibrahim hendak meletak muka beliau itu. Malu yang sangat-sangat!

Dan jika Khalid Ibrahim menang, mungkin hati kecil beliau akan berkata 'puas hati aku, padan muka kau !!"

Tapi MIM sarankan kepada Khalid Ibrahim supaya jangan buang masa. Azmin Ali ni favourite dan kesayangan Anwar Ibrahim. Confirm Khalid Ibrahim kalah! 


Persoalannya, apakah si Khalid Ibrahim dah syok nak tanggung malu lagi?

0 comments:

Post a Comment