Saturday, October 9, 2010

Penang menangis lagi, air oh air, aji oh aji..........

Berdasarkan artikel penulis sebelum ini, Lim guan eng mungkin boleh dilihat sebagi seorang pemimpin autokrasi atau kuku besi yang bertopengkan manusia dan berperisaikan PAS dan PKR. Belum selesai dengan isu duit judi judi lumba kuda satu lagi isu besar lim guan eng telah didedahkan..

Rakyat penang dah mula nampak ketua menteri yang dipilih hampir tiga tahun lepas bukan sekadar penyamun duit loteri namun menyamun wang rakyat..dan dalam masa yang sama menyengangkan anak beranak dan suku sakat dia.

Bukan setakat penyamun, lim guan eng yang dah terkenal dengan lidah biawaknya makin membiawakkan dirinya apabila menghukum rakyat penang dengan menaikkan taraf air dari 22 sen kepada 24 sen percubic meterpadu dengan alasan rakyat penang tidak tahu berjimat cermat menggunakan air berdasarkan laporan tahunan PBA 2008, walhal penggunaan air pada tahun 2009 adalah lebih rendah daripada tahun 2008 dan Lim Guan Eng menggunakan angka tahun 2008 untuk menghukum rakyat Pulau Pinang. Beliau tidak berterus terang dan tidak menyebut langsung tentang turunnya pengunaan air pada tahun 2009.


Putar belit si apek melaka ni semakin terdedah apabila beberapa maklumat mengenai kenaikan elaun Board of director PBA semuanya dinaikkan... Senang cerita, lim guan eng mengorek duit rakyat untuk dimasukkan kedalam poketnya dan konco-konconya.. Lebih menyedihkan rakyat pulak disalahkan...penulis bersimpati dengan orang-orang melayu tok lebai, dan ulama-ulama PAS yang dah pangkah si apek ni... 


Terang lagi bersuluh, orang melayu di penang dah kena kencing dengan cina sorang ni, itupun ada lagi yang nak mendoakan si apek ni siap dalam khutbah jumaat lagi tu.. tapi bila penulis pikir-pikir balik mungkin ada sebab segolongan tok lebai yang nak doakan apek ni..


Opss.. mungkin tok lebai ni dapat syer jugak dari kepala penyamun ni... Ini kerana tok lebai yang tak ada kena mengena dengan air, dengan negeri pulau pinang, dan tak mungkin jugak sedara si apek ni, tapi dapat jugak elaunn Board of director tu... 


Siapa tok lebai sorang ni? Tunggu artikel yang seterusnya....



Sepandai-pandai guan eng menunggang, akhirnya tersungkur di kandang kuda..





Kalau dulu bila sebut penang, orang ingat nasi kandaq.. tapi la ni bila sebut penang trus teringat duit lumba kuda..Orang-orang islam hat dapat duit lumba kuda pun dah pakat bagi blik duit haram tu.. Alhamdullilah tuhan dah tunjuk kat orang-orang melayu di penang betapa celakanya lim guan ni....

Bila dah heboh isu duit seratus ni, rahsia- rahsia dan skandal lim guan eng bersama kuda- kuda lumba tu dah makin terbongkar.. Banyak lagi desas desus yang penulis dengaq pasai lim guan eng dan kuda-kudanya..

Kisah sumber yang guan eng dapat duit lumba kuda jadi makin betambah.. dari 500 ribu dah jadi 2 juta.. klau 500 ribu tu dia perabis bagi kat orng tua, yang lagi 1.5 juta tu dia sumbat lam mulut sapa? takkan exco-exco kerajaan penang yang  islam pun dok nganga telan duit judi..


Dalam isu ni, penulis dapat tengok yang lim guan eng dah jadikan kelab lumba kuda ni mcam ATM bank dia.. sesak sikit lumba kuda... ketua menteri ka joki kuda... samaada kelab lumba kuda rela atau tak, lim guan eng tetap nak tunggang kelab lumba kuda ni.. buleh kata macam kes kawin paksa la... hari- hari lim guan eng nak.. kuda pun letih...


Mungkin pada pendapat penulis,guan eng akan menjadikan kelab lumba kuda ni sebagai sumber utk dia memancing orang-orang kita di penang ni... Jadi mana pi duit-duit peruntukan yang patut disalurkan pada rakya.. Ini menunjukkan guan eng lah bapak penipu dan penyeleweng duit rakyat sampai xdak duit nak bagi kat rakyat, pastu trus cekau duit judi a..

Hari ini guan eng mula menguasai kelab lumba secara paksa, dan kita buleh tengok macam mana dia putaq belitkan badan yang dia guna.. jadi tak mustahil bila dia makin bekuasa akan banyak lagi badan-badan atau organisasi yang akan dikuasai dan mungkin tak mustahil klau mangkuk ayun ni ada kuasa lagi besaq dia akan guna apa saja yang dia ada.


Tapi Allah tu maha kuasa, mungkin hajat guan eng nak buat baik ngan org melayu kat penang ni dah terbantut setelah lim guang eng tersungkuq dengan kudanya... Mungkin ni jugak agenda guan eng untuk rosakkan akidah orang melayu islam, bagi makan duit haram, tipu sana, kencing sini, lastly guan eng juga hat bau hancing, jadi orang-kita di penang dan di seluruh malaysia bukaklah mata.. Dalam masa terdekat ni penulis akan cuba lagi membongkar rahsia guan eng dan konco-konconya dalam artikel-artikel akan datang...