Thursday, October 14, 2010

Nurul izzah agenda anwar.. Siapa dalang adegan ini..

Dalam kekecohan yang dialami oleh Nurul Izzah, Anwar Ibrahim masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan dalam isu pencalonan Nurul Izzah sebagai timb.presiden PKR.. Keadaan ini jelas pemilihan PKR ini telah dirancang dan Dalang dalam PKR telah mengatur siapa yang akan menerajui parti tersebut..Nurul Izzah dilihat hanya sebagai boneka dalam percaturan yang telah dirancang oleh dalang PKR..

Keadaan in semakin pelik apabila pencalonan daripada semporna sabah  yang sebelum ini dikatakan salah satu bahagian yang mencalonkan izzah, tiba-tiba bersuara menafikannya.. Md Abdul Wahab mengatakan bahawa cabang PKR Sempoerna telah mencalonkan Azmin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden dan bukannya anak perempuan Anwar Ibrahim.

Alahai......dimanakah benarnya berita yang mengatakan bahawa Nurul Izzah Anwar Ibrahim telah layak bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden?


Kenapa wujud pembohongan di dalam pencalonan PKR? Apakah hak kepimpinan PKR untuk menolak hak ahli-ahli akar umbi PKR? namun, seperti biasa dalam PKR anwar adalah segala-galanya. so, semuanya ikut ckap anwar.. tpi xpastila siapa yang anwar nak..

Kita tunggu ja lepas pemilihan nanti, sapa menang tu la orng anwar, sapa yang nak mencabar dia dan konco-konconya. suma kan tendang.

Celako : Lidah Biawak DAP 'Tabur Pasir' Dalam Pinggan Nasi Orang Melayu !!

Celako : Lidah Biawak DAP 'Tabur Pasir' Dalam Pinggan Nasi Orang Melayu !!

4 komentar
Oleh PASEMBOQ

Guan Eng ni memang KM paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang. Dia ni dahlah pembohong dia jugak tak peduli dengan peniaga kecil kaum Melayu di Pulau Pinang ni.

Kesihan aku tengok peniaga-peniaga Melayu dizalimi dan perkotak-katikkan oleh Guan Eng macam depa tu sampah.

Suratkhabar Sinar Harian melaporkan agensi kerajaan Guan Eng dah buat pasal kat kawasan perniagaan Melayu di Tanjung Tokong. Depa nak usir 40 peniaga-peniaga Melayu dari tempat biasa depa.

Alasan agensi Lim Guan Eng tu :-
“Bukan kami tidak mahu bagi lesen kepada mereka tetapi sememangnya kawasan itu bukan merangkumi kawasan penjaja yang layak mendapatkan lesen kerana mengganggu lalu lintas."
Amboii.....kat kawasan penjaja Melayu korang kata mengganggu lalu lintas tapi macam mana peniaga-peniaga bangsa Cina di New Lane? Boleh pulak?

Jangan mimpi peniaga Melayu dapat keistimewaan seperti ini. Merempat la.

Kalau nak bandingkan, peniaga-peniaga di New Lane yang patut dipindahkan kerana mengganggu lalulintas jalanraya utama nak sambung Jalan McCalister dengan Jalan Datuk Keramat. Confirm sibuk dengan kenderaan.

Jalan tu pulak nak ke Hotel Sunway Georgetown. Tak ke juga menyusahkan pelancong-pelancong yang nak ke hotel tu? Kat Tanjung Tokong tu jalan kecil aja nak masuk ke dalam kampung!
 Tak sesibuk jalan New Lane.

Yang buat aku sakit hati, kenapa pula peniaga-peniaga di New Lane tidak dipindah?Aku bukan nak cari gaduh tapi berlaku adil la. Semuanya mesti saksama dan tak 'double standard' macam kerajaan BN negeri Pulau Pinang yang lepas.

Tanda Lim Guan Eng tunduk kepada peniaga Cina.

Yang tambah sakit hati ni, Guan Eng bagi kuasa kat peniaga-peniaga di New Lane untuk menentukan nasib depa. Confirm la majoriti peniaga kat sana nak tetap kat tepi jalan tu! Lepas tu Guan Eng tentu akan kata "kerajaan negeri prihatin kepada peniaga-peniaga dan keputusan itu adalah suara rakyat". Kepala otak dia!!


Kenapa pulak tak beri kuasa kepada peniaga-peniaga Melayu di Tanjung Tokong untuk menentukan masa depan depa seperti di New Lane? Kenapa 'double standard'? Tak ke berat sebelah dan rasis namanya?

Lepas tu Guan Eng nak pindahkan peniaga-peniaga Melayu dari tempat asal depa ke Kompleks Uda Tanjung Tokong. Mungkin tempat baru tu tak menarik, jauh dari laluan orang ramai dan penduduk di sana.

Itu tak pe lagi, kenapa peniaga Cina di New Lane di beri kemudahan dengan tutup jalan tu sepenuhnya 4 ptg - 12 malam? Gerai-gerai depa kan dah sah mengganggu lalulintas dan mengotorkan jalan itu? 


Kenapa? Why?


Kenapa Guan Eng sangat zalim kat peniaga-peniaga Melayu? Depa hanya peniaga kecil-kecilan dan hanya bergantung kepada perniagaan itu untuk menyara kehidupan seharian keluarga depa.

Dengan wang itu juga, depa dapat bagi sesuap nasi untuk anak-anak depa yang tak bersalah dan tak tau yang Guan Eng telah menzalimi anak-anak kecil ini!

Lagi satu alasan tak bagi lesen sebab peniaga Melayu kat Tanjung Tokong tak jaga kebersihan. Come on la..... Apa depa ingat peniaga di New Lane tu bersih sangat ka? Longkang kat sana putih melepak sangat ka? 

Guan Eng ni too much !! Dia ni bukan saja pembohong tetapi zalim kepada rakyat Pulau Pinang !! Rakyat Pulau Pinang mesti bangkit !!