Monday, October 11, 2010

SYABAS GUAN ENG - PAS PULAU PINANG 'AS GOOD AS DEAD'.



Oleh MIM TEAM

ALAHAI...parti PAS memang sengaja menempah malu. Parti PAS tidak ada koordinasi langsung. 2 isu yang dibangkitkan sendiri oleh parti PAS di Kedah dan Kuala Lumpur telah menyebabkan rakan kepimpinan PAS mereka di Pulau Pinang tersungkur malu tahap sampai nak berhijrah jauh dari negara ini!

Pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PAS Pulau Pinang terutamanya Salleh Man, ADUN PAS Permatang Pasir, tampak diperbodoh-bodoh dan diperlekehkan oleh rakan PAS sendiri di negeri lain. Ianya ibarat 'tikam belakang'.

1. Ahli-ahli PAS telah bangkit kecewa hingga tahap berdemonstrasi di Kedah kerana DS Azizan Razak PAS, Menteri Besar Kedah telah menaikkan tarif air. Mereka berdemontrasi di hadapan pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman. Mereka tidak bersetuju kerana kenaikan tarif air akan menyusahkan rakyat Kedah terutamanya orang miskin.

Ahli-ahli PAS berdemonstarasi kecewa terhadap Pemimpin PAS. - Foto Utusan Malaysia

Kalau kita ikuti rentak politik Azizan Bakar, beliau tidak akan memperdulikan rintihan ahli-ahli beliau sendiri. Mana beliau mahu kisah dengan suara-suara akar umbi kerana beliau sudah senang lagi disenangkan.

Tetapi sekurang-kurangnya ahli-ahli PAS Kedah berani menyuarakan rintihan mereka walau pun ianya seperti menyalak ke bukit. 

2. Berlainan pula di Pulau Pinang di mana pemimpin PAS seperti Salleh Man PAS dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain tampak kecut takut lidah kelu tidak berani bersuara menentang kehendak Lim Guan Eng DAP menaikkan tarif air dan bakal menyusahkan rakyat Pulau Pinang! Mana ada!

Mereka diam sejuta bahasa walau pun kerajaan negeri itu adalah milik PAS juga. Dan dimanakah pergi Ketua Pemuda PAS atau Ketua Pemuda AMK Pulau Pinang dan balaci-balaci mereka yang kononnya mahu memperjuangkan nasib rakyat Pulau Pinang? 

Seperti kata rakan MIM, "depa tu dah jadi pondan takut dengan sifu depa, Guan Eng pembohong tu. Mana la depa tu berani...nak cabar depa pun buat masa aja. Guan Eng telah berjaya memondankan mereka tu."

Syabas Guan Eng pembohong ! Pemimpin PAS dan PKR Pulau Pinang telah berjaya anda control dan berada di telunjuk jari anda! 

Dan jika ada di antara kita yang menyokong PAS dan PKR di Pulau Pinang, sudah tentu akan merasa terhina, malu dan tidak mahu lagi bersekongkol dengan Salleh Man dan pemimpin-pemimpin PAS Pulau Pinang yang lain.

MIM cadangkan agar ahli-ahli PAS sendiri bangkit dan membantah keputusan Guan Eng Pembohong itu seperti di Kedah. Tiada gunanya mengharap dan menunggu kepimpinan PAS Pulau Pinang kerana mereka 'as good as dead' (meminjam kata-kata Guan Eng) !
Bilakah foto di atas akan menjadi realiti di Pulau Pinang?

p/s : Nak cabar ke pemimpin PAS dan PKR Pulau Pinang ni? Tak payahlah....buang masa dan rugi ayaq liuq saja!! Dah sah penakut dan 'kuli' Guan Eng Pembohong

1 comments:

Admin said...

Teruskan memblogging...

Post a Comment